Selamat Berkarya AKTOR Malaysia!

Aktor Malaysia lahir dari group yahoo AKTOR yang kini sudah mempunyai ahli seramai lebih empat ratus (400) orang. Semua karya ahli akan dimuatkan di sini! Emailkan karya anda di sini atau melalui laman AKTOR http://groups.yahoo.com/group/aktor .Selamat mendaftar sebagai rakan AKTOR dan selamat berkarya!

Thursday, June 15, 2006

Puisi: ILHAM



Kau selalu bertanya berapa tinggi cintaku padamu dan
kau menghilang saat aku terlalu memerlukanmu.
Kau pertikaikan kedalaman kasihku terhadapmu
tapi kau yang sering meninggalkan aku.

Aku perlukan kehadiran panas tubuhmu di sisi.
Aku lemas tiap kali ketidakpastian menerjah.
Aku resah tiap kali membawa diri jauh darimu.

Kau berjanji akan bersedia mengharungi segala kerenahku.
Kau sanggup melayan rajukku yang tak sudah
tapi semuanya kini beralih arah.

Aku yang harus merajuk terus
kerna harus melayan rajukmu yang lebih dashyat.
Aku semakin kehilangan kamu.
Kau terlalu jauh hingga kehangatan tubuh kita
tidak bisa lagi bersatu,tidak lagi membuahkan keindahan.

Kini tiada yang istimewa tentang cinta kita.
Aku terbuang meratap tangis tak sudah.
Kecewa merana bagai sang kekasih gila.

Kembalilah
Aku teramat merindui
Pulanglah
Kita cocok bersama
Jangan kau pergi terlalu terlalu
Kerna kakiku tidak jejak di bumi.
Pulanglah, pulanglah, pulanglah.

SHAHRIZA MAHMUD
DEKLAMASI MALAM PUISI WARISAN
ASK & PERSATUAN PENULIS WANITA


View My Stats